Smiley Normal Select :: FlyHigh Infinity ::: Mac 2013

Serba Salah


                                                        Assalamualaikum


Perasaan serba salah saat ini sangat menghantui fikiranku. Tersepit di antara dua keadaan. Wajarkah tindakanku atau salah???? Tidak ku tahu tindakanku yang pada mulanya hanya untuk memberi pengajaran kepada mereka berakhir dengan hukuman yang berat buat mereka. Allah, benar-benar menyesal dengan ketegasanku yang akhirnya menjadikan aku serba salah. Kasihan pada mereka. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Peribahasa tersebut aku tidak tahu ditujukan untuk siapa: buat aku atau untuk mereka.


                       hati~bersedih~tatkala~dilema

Imbas kembali…

Kemarin, sedang aku asyik mengajar BM untuk pelajar form 4, tiba-tiba berlaku pergaduhan di antara seorang pelajar lelaki dan seorang lagi pelajar perempuan. Pada mulanya, aku tidak tahu apa puncanya sehingga pergaduhan tersebut benar-benar mencabar tahap kesabaranku. Bayangkanlah, aku mengajar di hadapan dan mereka pula bergaduh sambil membaling kerusi, buku serta memekik-mekik di belakang manakala pelajar yang lain juga ada yang tidak memberi perhatian. Seolah-olah aku tidak wujud dihadapan mereka pada ketika itu. Allah, kesabaranku betul-betul diuji. Aku memberi amaran tapi amaranku tidak diberi perhatian bak kata orang “tak makan saman”. Lantas aku pun mengambil nama pelajar-pelajar tersebut dan membawa mereka ke bilik disiplin.

Dan hari ini aku difahamkan bahawa pelajar tersebut digantung sekolah selama 2 minggu. Ha??? Seriously, aku sangat-sangat terkejut. Sampai begitu sekali hukuman mereka. Benar-benar diluar jangkaanku. Perasaan bersalahku menebal dalam diri lebih-lebih lagi apabila dua orang pelajar tersebut datang kepadaku dan meminta maaf sambil meminta aku menulis memo sebagai bukti aku memaafkan mereka. Dan aku pun merisik-risik mengambil peluang bertanya mereka tentang tindakan kedua orang tua setelah mengetahui mereka digantung sekolah. Mereka kata mereka dimarahi oleh ibu bapa mereka. Kalau sekadar kena rotan, mereka kata perkara biasa tapi setakat ini baru pertama kali mereka digantung sekolah. Allah, apa yang perlu aku lakukan???? Kasihan mereka. Walaupun aku tidak pernah mengalami situasi begitu semasa sekolah dahulu, tapi sebagai seorang yang juga pernah bergelar sebagai pelajar aku sangat-sangat faham dengan situasi begitu lebih-lebih lagi yang melibatkan tindakan keluarga. Semestinya mereka telah menghampakan harapan keluarga dan melukakan hati kedua orang tua.

Aku sangat-sangat bersalah. Kalau lah aku tidak membawa nama mereka ke bilik disiplin.. kalau lah aku tidak terlalu mengikutkan rasa amarah yang menguasai aku ketika itu.. kalau lah aku mampu kawal keadaan kelas tersebut.. kalau lah.. kalau lah dan kalau lah...semua itu pasti tidak akan berlaku..tapi apakan daya ku.. nasi sudah menjadi bubur. Apa yang mampu aku lakukan adalah dalam memo tersebut aku merayu kepada pihak disiplin agar mengurangkan hukuman mereka dan membolehkan mereka diberi kebenaran untuk datang bersekolah seperti biasa. Ini untuk mengelakkan mereka tertinggal mata pelajaran. Namun, semua hampa apabila pihak disiplin tidak membenarkan hukuman mereka diringankan. Fikiranku buntu dan runsing.

Ku luahkan hal ini kepada unit kaunseling yang mana pada masa itu guru kaunseling adalah kawan rapatku sendiri untuk meringankan dan mengurangkan perasaan bersalahku. Aku tidak dipersalahkan dalam hal ini. Tapi, aku tetap menyalahkan diri sendiri. Hari ini semua ku rasakan tidak kena. Proses P n P tidak berjalan dengan lancar. Tamat masa persekolahan, aku balik ke rumah dengan hati bersalah. Ku cuba meredakannya dengan berdoa kepada Allah. Memohon petunjuk dan keampunanNya atas keterlanjuranku. Tidak semena-mena aku menangis, terlalu sedih. Bukan kerana tidak dihormati, kerana aku merasakan aku tidak mengajar dengan baik. Disitu, terlihat kelemahanku dalam mendidik pelajarku. Allah, layakkah aku bergelar seorang guru?????

# andai sahaja mereka tahu, aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka..

# biar hati ini terguris dengan tindakan mereka, aku tetap ingin melihat mereka berjaya..

# tetap ku merasakan kesalahan dan tingkah laku mereka yang agak jelek dimata seorang guru adalah berpunca daripada didikan guru lebih-lebih lagi aku yang tidak berpengalaman dalam membimbing insan bergelar pelajar..

# maafkan atas kelemahanku ini...



Istikharah Cinta

Assalamualaikum..

Terdetik hati untuk berblogging malam ni.. Tajuk entry “Istikharah Cinta”..continue untuk tajuk yang sebelumnya, kisah Hawa dan Adam…

Selama hampir sebulan Adam x pernah muncul dalam hidup Hawa dan malam ini, Adam sekali lagi menggoyahkan iman sang Hawa.. Allah, lemahnya imanku..setelah sekian lama cuba untuk melupakan Adam,, hidup dalam penuh tanda tanya tentang perhubungan yang sudah lama terjalin namun belum lagi ada ikatan yang sah,, tiba-tiba dia muncul lagi.. tidak tahu untuk apa tujuannya.. bermula dengan missed call then mengajak untuk bSMS.. mungkin sekadar ingin bertanya khabar, mungkin juga sekadar ingin melepaskan kebosanan yang tatkala itu menghantui dirinya, atau mungkinkah sekadar ingin berbual kosong??? Hawa sudah tidak lagi berani untuk menaruhkan sebarang harapan buatnya.. biarlah Dia yang mengatur segalanya.. Bukan kerana sudah berputus asa dengan hubungan yang seringkali dihiasi dengan janji-janji kosong tetapi kerana hati Hawa seringkali dilukai.. mungkin Adam tidak mengerti atau mungkin juga Hawa yang selama ini terlalu berharap..


Bersaksi Cinta Di Atas Cinta,
Dalam alunan tasbihku ini,
Menerka Hati Yang Tersembunyi,
Berteman Dimalam Sunyi Penuh Doa..

Sebut NamaMu Terukir Merdu,
Tertulis dalam Sejadah Cinta,
Tetapkan pilihan sebagai teman,
Kekal abadi hingga akhir zaman..

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata..

Penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Diistikharah cinta..

Credit to: sigma (istikharah cinta)


# tidak ingin memikirkan apakah kesudahannya..apa pun,, moga saat yang tepat nanti tidak ada hati yang terluka baik Adam mahupun Hawa~