Smiley Normal Select :: FlyHigh Infinity ::: Februari 2013

Ceritaku Ceritamu Juga...

Assalamualaikum..

There's nothing much I can say about my 1st day become teacher..
I just hoping the best for tomorrow, day by day..
I'm learning to adapt with new environment and people..
Stay possitive and cool, enjoy every moment with the best attitude..
InsyaAllah :-)

Baru terasa situasi sebenar dalam dunia pekerjaan lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan. Selama ni bukan tidak pernah menjadi pendidik bezanya kali ini aku diminta untuk mengajar pelajar yang hampir sama saiz dengan aku..huhu..pelajar form 4..Betapa sangat terasa cabarannya. Biasalah, pelajar-pelajar zaman sekarang lebih moden berbanding zaman dahulu.

Apa pun, suka aku ingatkan diri sendiri supaya jadikan setiap cabaran itu sebagai satu perkara untuk memperbaiki diri. Sebabnya, semakin mencabar sesuatu itu, semakin terlihat kelemahan diri dan dari situlah kita belajar untuk memantapkan diri. Chewahh!!! Betul ka jugak apa yang aku merepek ni..haha..

# aku sentiasa berharap agar ilmu yang akan aku sampaikan ini bermanfaat dan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajarku untuk bekalanku di akhirat sana..
Allahumma Amin..

Alhamdulillah....

Assalamualaikum..

Serasa sudah agak lama aku  tidak update blog. Bukan apa, perasaan  malas mula menguasai diri ditambah dengan kesibukan dunia yang tak pandai habis-habis.Apapun alhamdulillah, masih terbuka hati untuk menjenguk-jenguk dan seterusnya share cerita dalam blog ni..

Sebenarnya, hari ini ada berita baik untuk aku. Tapi rasanya benda yang aku nak share ni bukan penting sangat pun untuk korang tapi aku mahu jugak post!!! Saja untuk menggembirakan hati sendiri sebabnya aku tidak punya sesiapa untuk berkongsi kegembiraan. Opss!!! bukan tiada sesiapa, ada jugak tapi ‘orang’ tu busy mengejar masa hadapannya sehinggakan tiada masa buat aku sudah..huhu tetiba rasa sedih pulak..By the way, lupakan seketika hal itu. Bukan itu topik yang aku mahu share..

Ceritanya bermula begini…
Alkisah pada suatu petang, sedang aku  leka melayan dunia maya vs online aku tidak sedar pun telefon bimbitku berdering minta diangkat. Bukan apa, sebab telefonku dalam mode silent, tu yang tidak terperasan langsung..

“Alamak, ada 6 misscall. Nombor baru pulak tu..Aishh, aku paling pantanglah kalau ada nombor baru.."

10 minit kemudian, abang aku telefon tanya kenapa ada orang telefon aku tak angkat..Aku lantas berfikir sejenak, macam mana abang aku boleh tau hal ni..
Then, dipendekkan cerita, sebenarnya panggilan telefon tu mintak agar aku lapor diri di sekolah esok sebagai guru ganti..Aku pun gabra lah sangat-sangat..Yelah, tanpa persediaan apa-apa. Huhu..Ni kali lah..
Apa-apa pun, aku  tak sabar dan  sangat-sangat berdebar menantikan hari esok.

~ Allah, andai rezeki itu milikku, redhai aku dalam  mendapatkannya..Amin..

“ Ya Allah, bukalah hati pelajar-pelajarku untuk menerima pengajaran dengan baik dan berkesan dalam lubuk hati mereka..Allahumma Amin..

#selamat menjalankan tugas!!! ^___^

La Tahzan Ukhti!!!


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah..aku akui sejak kebelakangan ini iman dan hatiku seringkali sahaja tidak stabil. Seperti insan biasa yang lain, iman kerapkali tidak sihat, turun dan naik tetapi yang menjadi permasalahan dan membimbangkan aku apabila imanku kerapkali turun berbanding naiknya. Terlalu banyak dugaan yang mendatang. Yang kurasakan hanya dugaan kecil dan tidak sebanding dengan ujian dan dugaan yang dilalui oleh saudara seislamku di bumi para anbia’ sana. Ya Allah, lemahnya aku dalam menghadapi sekecil-kecil cubaanmu ini.

 

Pernah suatu ketika dahulu dalam bulatan tarbiah, da’i ku memberi nasihat buat kami sebagai mad’unya ‘seorang mujahidah harus perlu kuat, jangan mudah untuk mengeluh kerana janji Allah itu pasti. Walau di bumi ini penuh dengan liku-liku kehidupan, harus sabar dan redha dengan segala yang berlaku, kerana di ‘sana’ nanti kebahagiaan pasti milik kita’. Ya, ku akui itu. InsyaAllah kebahagiaan menjadi milik orang-orang yang sentiasa bersabar dan redha.

Dia berpesan lagi..Ukhti, hayati beberapa petikan Hassan al Banna yang mampu menggoncangkan imanmu dan akan membuatmu berfikir sejenak…

“Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah. Aku dapat membayangkan al mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Pulang dan perginya perkataan, bicaranya, kesungguhannya, dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dirimu dapat mebaca pada garis wajahnya, melihat kilauan matanya, mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan dan cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya.”

Dan moga kitalah mujahidah impian itu yang dihatinya terletak keikhlasan untuk memberitahu manusia sekelilingnya tentang apa yang dirasainya. Seandainya keikhlasan itu kian layu, mari kita tajdid niat! Moga amal terus membuahkan amal. Insyaallah, ayuh ukhti!

~Aku ingin mencari diriku kembali yang telah hilang.. mencari hatiku kembali dalam sejadah cintanya didalam keheningan malam. Allah…airmataku tidak dapat untuk ku tahan lagi..mengakui kelemahan diri..betapa beruntungnya diriku kerana mempunyai sahabat-sahabat yang sentiasa saling menasihati dikala aku memerlukan mereka.


 
S.A.H.A.B.A.T



#Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA#




Kerana Aku Sayang Padamu!!!


Diamku tak bererti aku membenarkan..
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan..
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan,
bukan juga melukakan..
Tapi kerana aku amat menyayangimu maka aku cuba sedaya
yang termampu menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
di bumi yg terbentang luas ini..
kerana sayangku kepadamu
maka aku cuba dan terus mencuba!!!

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan..
Andai aku jumpa jalan, tak akan kubiar kau sesat
mencari jalan pulang..
Aku akan!!!
itu janjiku!!!

Tapi hari ini, hatiku benar-benar terguris..
terguris dengan tindakanmu,
terguris dengan janji palsumu untuk
bersama-samaku mencari cahaya…
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci..
Benci kpda manusia yang menarik kau kembali
ke jalan yg gelap dan
hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu..

Namun, tiba-tiba aku sedar…
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku,
aku sama saja sepertimu..
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku,
pasti si durjana bersorak gembira
atas kelemahan jiwa mujahid ini…
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku,
pasti..
pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu!!!

Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!!!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk,
aku akan terus mencuba
kerana aku sayang kamu, sahabatku!!!

#pesanan ditujukan kepada sahabat yang menyayangiku dan mereka yang turut sama sayang padaku#

~ukhuwah fillah abadan abada~ ^_^



kekhilafanku...kelemahanku

Di suatu malam yang sepi, aku sama sekali tidak dapat untuk mengawal perasaan dan emosiku.. Ya, perasaan rindu itu masih tidak ingin pudar walaupun berkali-kali aku cuba meredakannya..malahan semakin rindu itu mencengkam perasaanku saat ini. Tidak tahu bagaimana dengan perasaan yang sedang dirindui itu..apakah mengalami siuasi yang sama mahupun sebaliknya..berkali-kali ku istighfar memohon keampunan kepadaNya atas rindu kepada ciptaanNya yang tidak sepatutnya. Astagfirullahal’azim.. Astagfirullahal’azim.. Astagfirullahal’azim..ku ulang berkali-kali sambil berdoa untuk diberikan ketetapan hati. Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, maka tetapkanlah hatiku ke atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Allahumma amin.

Meskipun begitu, rindu itu semakin kuat. Dalam kejauhan, terselit kerinduan kepadamu. Kepada insan yang bernama manusia lebih-lebih lagi kepada dia yang bergelar adam. Walaupun sudah berjanji dalam diri masing-masing untuk percaya dan yakin dengan kekuasaan Allah. ‘kalau ada jodoh tidak akan kemana juga’. Namun, aku meragui janji itu. Lalu, ku capai telefon bimbitku dan mengirimkan pesanan ringkas padanya.

Hawa: Adam, entah kenapa malam ini aku tersangat-sangat rindu padamu. Sudah lama          rasanya kita tidak berhubung. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sejak akhir-         akhir ini padaku. Aku ingin berkongsi cerita denganmu agar sedikit sebanyak          dapat menghilangkan perasaanku yang sarat dengan rindu ini. Bolehkah aku
         berbuat demikian adam??

                                      ..........................

Adam: Maafkan aku, aku tiada idea untuk berkongsi cerita denganmu, hawa.

                                      ..........................

Hawa: oh begitu, tidak mengapa..mungkin aku hanya terlalu mengikut emosi. Sekali lagi           maafkanku..ok lah, adam. Aku sangat letih dan mengantuk..assalamualaikum..

                                        ........................


 
~ujian itu tanda Allah masih sayang~

Letih dan mengantuk dijadikan sebagai alasan buat hawa untuk tidak ingin memanjangkan perbualan pesanan ringkas itu. Namun, hawa dengan setia masih menunggu jawapan SMS daripada adam dalam diam-diam. Mengharap agar adam sudi untuk meluangkan sedikit masa padanya. Mengharap agar adam sudi untuk memujuknya agar bersabar. Namun, 5 minit berlalu, masih mengharap sehingga ke 1 jam yang berikutnya, masih juga tiada balasan. Hawa sangat-sangat kecewa lalu menangis. Menangis kerana rindu terhadap adam dan menangis juga kerana menyesali tindakannya yang tidak mampu untuk menjaga hati dan perangai ini terhadap insan yang bergelar adam yang bukan siapa-siapa padanya. Tiada ikatan kekeluargaan apatah lagi yang dipanggil sebagai muhrim.

Akhirnya, hawa bangkit dan bangun daripada kelekaanya melayan perasaan sedih menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Melakukan solat tahajjud dan solat taubat mengadu kepada yang Maha Esa, di atas sejadah cinta meminta agar diberikan petunjuk untuk kuat dan tidak rapuh apabila berhadapan dengan ujian apatah lagi dengan yang dinamakan sebagai ujian hati dan perasaan. Nyatalah, sebaik-baik pendengar yang setia hanyalah Dia.


~doa itu adalah cinta dalam diam~

Apabila keadaan hawa semakin reda dan tenang, hawa telah berjanji pada diri sendiri dia tidak ingin untuk berhubung lagi dengan adam bukan kerana membenci tindakan adam itu sebaliknya disebabkan tidak mahu merosakkan hatinya dan secara tidak langsung membawa dia terlibat dengan zina hati kerana sentiasa mengingati adam.
Dalam diam, hawa berterima kasih kepada adam dan memuji tindakan adam yang sangat tegar hatinya dan sangat menjaga hati hanya untuk yang layak dalam hidupnya. Allah..maafkanku..sesungguhnya kekhilafanku itu adalah satu kelemahan yang nyata bagiku..:(



Moral of the story or ibrah daripada cerita ini:
          #Mengharap dan cinta kepada bunga, bunga akan layu..
          #Mengharap dan cinta kepada manusia, manusia akan mati..
          #Mengharap dan cinta kepada Allah, itulah yang dinamakan cinta hakiki yang             tidak akan pernah layu mahupun mati..


~Kisah hawa dan adam..