Smiley Normal Select :: FlyHigh Infinity ::: April 2013

Cerita Semalamku

Assalamualaikum..

Terdetik hati untuk meng’update’ blog. Aku memang begitu, pabila keadaan sunyi dan hati terasa kosong, aku suka untuk berkhayal dan mengingat kembali peristiwa-peristiwa yang telah lalu. Singkatnya kehidupan..aku mula bertanya pada diri, apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini???apa yang aku tunggu sebenarnya???perisitiwa kemarin telah berlalu..meninggalkan kenangan-kenangan yang pahit dan manis untuk ku kenang..kadang-kala timbul perasaan rindu pada peristiwa yang lalu itu. Terasa ingin untuk ku ulang kembali. Tapi, biarpun begitu, mesti tidak akan sama dengan cerita yang telah berlalu. Allah, rindunya dengan cerita semalam…saat semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama, mencipta memori indah bersama setelah agak lama tidak berbuat demikian..berkongsi cerita suka, duka dan ketawa bersama. Serasa tidak ingin masa itu pergi. Namun, apakan daya, masing-masing mempunyai komitmen yang tersendiri, ada tanggungjawab yang perlu untuk dilaksanakan..

Rindunya  saat masih bergelar sebagai seorang pelajar apatah lagi dengan gelaran sebagai mahasiswa. Rindu dengan assignment yang berlambak, rindu dengan suasana kuliah dan tutorial, rindu juga dengan teman-teman sekampus, apatah lagi teramat rindu apabila ada program yang dijalankan bersama-sama. Semakin mengeratkan ukhuwwah yang terjalin. Menambahkan kemesraan dalam diri walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. 3 tahun satu angka yang tidak lama tetapi terlalu banyak peristiwa dan memori yang telah dicipta bersama. Suka dan duka terlalu sukar untuk dilupakan. Kini, hanya melalui gambar dapat ku lepaskan perasaan rindu itu. Tidak terungkap melalui kata-kata, dapat disimpan melalui gambar sebagai memori. Entah bilakan lagi kita dapat dapat mencipta dan mengulang kembali memori indah itu. Allah, teramat rindu dengan suasana itu. Hanya mampu berdoa, titipkan doa buat teman-teman disana dengan hala tuju masing-masing agar sukses dunia akhirat.

Cerita semalam itu, antara aku dan mereka semakin berlalu pergi..jauh dan terus menjauh..meninggalkan aku yang masih disini untuk meneruskan hidup. Meninggalkan aku yang masih terkapai-kapai dalam mencari makna hidup..tetap teguh dan berdiri dalam memperjuangkan masa hadapan. Terkadang jatuh tersungkur, dan terkadang berdiri megah..itulah roda kehidupan..kadang di atas, dan kadang dibawah..berlalu alam persekolahan, beralih ke alam pekerjaan dan andai sudah sampai seru akan beralih pula ke alam rumahtangga, bergelar sebagai seorang isteri..tentu akan lain pula ceritanya. Namun, pengalaman hidup yang kulalui tidak akan ku lupakan melainkan ku jadikan sebagai pengajaran untuk aku mematangkan diri. Memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik, untuk menghargai setiap masa tidak kira bersama siapa kerana suatu ketika ianya pasti akan berlalu menjadi sejarah..

Apa sebenarnya yang aku tunggu??? bermula dan kemudian berakhir…bertemu, dan kemudian berpisah….hidup dan kemudian akan kembali kepada penciptaNya juga..Itulah yang dikatakan sebagai kehidupan yang pasti ditinggalkan menjadi sejarah..

~Jangan pernah lupakan SEJARAH, kerana SEJARAH itu mahal harganya…Ia bukan sekadar tarikh, nama, dan tempat malahan lebih dari itu..Diumpamakan SEJARAH itu ibarat cermin sisi dan cermin belakang kereta, jika ingin ke depan perlu pandang belakang terlebih dahulu.


Menjauhkan Diri…:(

Assalamualaikum..

Aku mula menjauhkan diri. Menyepi tanpa khabar. Ku lakukan ini demi semua pihak, walaupun aku sendiri tidak merelakannya. Allah..dalam setiap perkara yang berlaku itu pasti dan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Engkau jugalah sebaik-baik perancang. Semuanya ku serahkan kepadamu ya Allah, kepada Penciptaku. Mungkin ini yang terbaik untukku setelah berkali-kali melakukan tahajjud.



~ Don’t you ever feel sad if you’re alone, eh but actually you not alone, Allah is always by your side..I’m serious. Always..




Terkilan…:(

Assalamualaikum…

Sedih dan sedikit terkilan apabila diri ini sudah mula tidak dipeduli dan dipinggirkan..pendapat dan idea aku sudah tidak diperlukan lagi..kenapa terjadi begitu????aku sendiri jua tidak pasti..aku mula bermuhasabah, mencari kelemahan dan kekurangan yang ada pada diriku. namun, aku redha andai itu takdir untuk ku..diperlakukan sedemikian seolah-olah semua kesilapan terletak pada diriku.

Aku hanya mampu berdoa agar semuanya kembali seperti biasa~