Smiley Normal Select :: FlyHigh Infinity ::: 2014

Mungkin Dia Sebagai Asbab

Assalamualaikum
 
Awal-awal pagi lagi sedang aku asyik membelek-belek barang, aku terkejut dengan kedatangan seorang pakcik..
 "Nak, petang ni dia mau jumpa"
Dengan muka blerr, "siapa yang mau jumpa saya tu pakcik"?

Petang itu, seperti yang dijanjikan...

 "Assalamualaikum..sibuk ka?"
Senyuman si jejaka menarik perhatianku. Aku hanya mampu menjawab salam dalam hati.
 "Siapa ya?" soalku padanya..
serasaku mukanya seperti sangat familiar denganku..
 Jejaka tersebut senyum dan terus tersenyum.
Sahabat disebelah sudah lain membuat tafsiran.
 "Ni..abang datang bawa borang.."
 "Borang apa tu??"
 "bacalah..."
 Laa... ni rupanya orangnya..

Borang kemudian bertukar tangan..

Pertemuan yang sudah diatur tidak hanya berakhir disitu..


Allah, mungkin dialah asbab yang selama ini aku tunggu..moga-moga Engkau kirimkan dia untukku agar masa depanku menjadi lebih baik berbanding yang ada sekarang...InsyaAllah..
 
~Seindah Aturan Tuhan~

 

Azam Yg Terlaksana


Bismillahirrahmanirrahim
 

 Assalamualaikum...

 
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…Segala puji bagi Allah..
hati banyak senang..
why???
because slh satu azam 2014 telah tercapai..
apakah azam yg aku mksdkan itu???
cer teka..cer teka..cer teka..chewah!!!:P
 
 
 
 
 
 
See...
 
 
Gelang emas yg x sbrpa..


 
eksen ja ni..huhu
 
Motif: Actually, aku bukannya mau tunjuk riak pun. Saja mau share kegembiraan..betapa gembiranya aku dpt beli gelang ni dgn hasil keringat sndiri..walaupun x seberapa..hehe
 
So, from now..azam yg seterusnya akan menyusul..surprise!!! ^_~
 
 
 
# Seindah aturan Tuhan #
 
 

 

Bertahan vs Berundur


Assalamualaikum

 
Sudah agak lama aku tidak update blog. Terlalu banyak yg ingin aku kongsikan sebenarnya sampaikan tidak tahu hendak memulakannya. Pelbagai dugaan yg telah aku tempuhi. Bermula dr tmpt kerja sehinggalah yg melibatkan persoalan hati dan perasaan.

Stress... Sangat2 stress.. sampaikan aku rasa aku sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. Dan  kalaupun bertahan mungkin hanya sekejap cuma. Tidak tahu sampai bila harus begini. Bukan tidak bersyukur dgn nikmat kerja yg ada skg jauh sekali untuk menolak rezeki yg Allah berikan ini. Cuma... masih menunggu peluang untuk aku berundur. Berundur untuk mencari yg lbh baik drpd yg ada skg. Berundur dgn hrpn dpt memulakan hidup yg baharu dgn suasana yg baru. Berundur untuk sinar kebahagiaan diri sendiri.

Keja aku bukan teruk mana pun. Cuma aku yg tidak mampu bertahan. Tidak mampu.. Pernah aku terfikir berundur untuk aku lupakan semua. Aku mahu lupakan semua.. Semua yg pernah membuatkan aku down. Bukan hanya sekali dua, tapi berkali-kali. Berkali-kali aku down. Terkadang aku makan hati dgn kwn-kwn ofis aku lebih-lebih lagi dgn majikan. Tapi aku hanya diamkan. Aku pujuk hati aku spya bersabar. Memujuk hati sendiri. Biasalah tu adat bekerja. Aku akui hal itu. Namun aku bukan sekejam itu.

Terkadang aku juga marah dgn diri sendiri. Tidak mampu untuk mengawal emosi dan keadaan. Aku bukan yg terbaik apatah lagi untuk dilabel seorang yg perfect. Aku hanya manusia biasa, wanita biasa sahaja. Ya, aku biasa-biasa shja. Tidak ada yg istimewa dlm diriku.

 

 ...................................................................

 

Selingan....
 
 
~Lagu fevret aku..Kiss the Rain~
 
 
Aku suka dgr lagu ni. Tenang, menenangkan dan terkenangkan. Seperti aku yg sukakan ketenangan. Terkenangkan??? Jiwa sedang kacau skg. Macam-macam yg bermain dibenak. Terutama melibatkan hati dan perasaan. Kenapa agaknya??? Jwpn yg sukar untuk aku sndri mengerti..
Sukar… Sesukar mengira bintang di langit.
Knpa mesti hati dan perasaan??
Aku insan biasa..sukar untuk aku melarikan diri dr perasaan itu. Pernah ku cuba untuk mengusir jauh-jauh, namun aku kalah dgn diri sendiri. Tewas.. Semakin aku cuba, semakin aku terseksa. Aku tidak ingin menyeksa diriku.
 
Dan untuk itu, aku nekad untuk berundur dari situasi ini. Bukan cuba untuk melarikan diri. Bukan juga cuba untuk mementingkan diri sendiri. Hakikatnya, ini yg terbaik. Ya, mungkin ini yg terbaik. Buat aku dan buat semua. Hanya menunggu masa yg sesuai.




~Seindah aturanMu ya Allah~

 
 



Ceritera Sang Hati

Assalamualaikum..

Malam yg sepi….
What is this feeling???
Di sebalik tawa yang meletus dibibir, sebenarnya ada duka yang terhijab. Tidak mampu ia dipertontonkan kepada khalayak. Cukuplah hanya sang hati yang tahu segala ceritera. Biarlah hanya jiwa yang menanggung lara.

 buka laptop ~buka file gambar then tengok gmbr~

Ruang yg ada akhirnya menemukan kepada sebuah penemuan hiba, sayu dan pilu..
I really-really-really miss, so much..missing all..
Akhirnya hati merasa rindu..:(

Hati terus rawan..Perasaan ini membuatkan jasad terlalu lemah..tubir mata sudah tidak mampu untuk menahan ombak air mata yang bertakung..mata meliar mencari posisi untuk ditumpahkan air mata..dan akhirnya, aku tewas.. Ya, aku tewas..Air mata yang ditahan-tahan akhirnya gugur jua buat yang kesekian kalinya. Ya Allah, hiba rasanya. Allah..itu sahaja yang mampu aku lakukan saat duka benar-benar membelah jiwa..:(

Argh!!!!!!!!!! Rindunya dengan kenangan itu. Kenangan antara kita..
3 tahun..ya, 3 tahun..Terlalu banyak saat suka dan duka yang telah kita kongsikan bersama. Sangat banyak...Tapi, kenangan semalam semakin jauh dan kian menjauh meninggalkan diriku yang masih terkial-kial keseorangan..Doaku sentiasa ada..

 
 

~my bestie~

~jaulah kundasang~

 ~my big day~
 
~picnic at ODEC, UMS~
 

 ~historia magistra vitea..yeah, we are historian~
 
 
~Pertemuan tidak diduga, Perpisahan bukan diatur~L
 
 
 
 
 

Maaf @ Sorry?

Assalamualaikum..

Ya Allah, ampunkan kekhilafan hamba-hambaMu, dan berikanlah kemudahan atas rasa kesukaran ini. Keluarkan hamba dari rasa belenggu yg tidak tenteram.

Tanpa sedar, ada hati yg terluka dgn tindakan yg tidak disedari.
Tanpa sedar, ada hati yg sedih dgn tindakan yg kurang disenangi.
Tanpa sedar, ada hati yg duka dgn tindakan yg kurang matang.
Dan…tanpa sedar, ada hati yg menanggung pilu dek kerana tindakan yg tidak disengajakan akibatnya.

Aku hnya seorang muslimah biasa.
Tiada yg luar biasa pd diriku.
Imannya longgar dan rapuh.
Ada tika hatinya keras.
Jiwanya seringkali gusar dan kosong.
Perilakunya pincang.
Egonya tinggi menggunung.
Kecewanya selaut.
Dan jiwanya sering berperang
Kerana aku muslimah biasa-biasa.

Maaf..
Ya, aku minta maaf..
Namun, cukupkah hanya sekadar kata maaf yg mampu terlafaz dibibir??
Mampukah maaf menjernihkan keadaan??
Adakah maaf dpt mengembalikan hati yg dilukai??
Apakah maaf dpt mengubah kembali segalanya??

Aku tahu jawapannya tentu tidak semudah itu.
Namun, aku hanya muslimah biasa-biasa.
yg masih punya bnyk kelemahan.
Aku msh berusaha utk menjadi yg luar biasa.
Maafkan aku kerana mendukacitakan hatimu~ 


#Maaf bukan bermakna anda slh bukan jg bermakna anda betul.
Jadilah org yg meminta maaf dan memaafkan#
 

~Seindah aturan Tuhan, pasti ada yg terindah utk kita~


 

Pasrah

Assalamualaikum…
 
Hatiku tidak tenang sejak seminggu yg lepas..
serius…
mmg tidak tenang..
ada sesuatu yg tidak kena yg bermain-main dibenakku…
dan persoalan yang mengganggu fikiranku selama ini sudah terjawab petang tadi…
sungguh sudah ku jangka hal ini yg akn berlaku…
tapi aku tidak kuat ya Allah..sangat tidak kuat..
Allah, bantu hambaMU..
aku tidak kuat ya Allah..
tidak tahu harus macam mana??
Perlukah aku berpura-pura??tp sampai bila???biarlah sampai bila-bila…
Allah..hati sangat sakit ya Allah…
 
Awk…
tolong…tolong jangan bg harapan dgn sy kalau awk sendiri
tidak mampu untuk melaksanakannya..
Awk…
tolong…tolong jauhi diri sy dan sy janji mulai dr saat ini
sy janji akan menjauhkan diri dr awk meskipun hati sy tidak merelakannya..
sungguh tidak sy relakan…
Awk…tolong…tolong sy ya..
 
Sy kecewa…
sangat2 kecewa tp sy hanya mampu pendamkan shja..
slh sy…bukan slh awk…
Slh sy kerana tidak mampu untuk menahan perasaan terhadap awk…
slh sy kerana membiarkan diri sy mengharap dgn awk…
slh sy kerana tersalah tafsir dgn niat awk…
slh sy…
ya,, sy yg bersalah…
sy akui slh sy…bkn slh awk…
maafkan sy…
 
Adam…
Akankah ada lg cerita antara kita
atau cukup sampai d sini shja aku berharap???
Adam…
Adam…
 
Allah..sungguh hati sangat tidak tenang saat ini..
hanya mengharapkan ketenangaan dariMu ya Allah..
terpaksa ku undur diri:’(
 
 
~seindah aturan Tuhan~
 
 

 

Sabar Itu Kan Indah

Assalamualaikum.. 

"Seindah aturan Tuhan"

Flashback :
21 Feb 2014
>>Jam tanganmu sama aku. Terbawa aku..

20 Mac 2014
>Mana jam tgnku??lma sdh x nmpk ko pakai. X mau pakai kasi blk..
>>Ada dgn aku, just nice..
>Ok fine..

1 April 2014 06:30pm
>>Hilang jam mu, ada org curi..sory ya..
>>Aku tido sblhku jak aku letak sekali dompet ngan fon. Aku bangun xda suda.
>>Suka bah aku pakai tu jam tp org curi..ko tgok jgk kn aku pakai terus..

haaa..baru mau mengaku jam aku hilang..
Sedih memang sedih..
Sudah 3 bulan aku tunggu jam lama aku dikembalikan..agak lama jugak tu..
aku hanya mampu bersabar..
sebenarnya aku tidak kisah jam aku hilang, tidak juga terlalu berharap akan ada penggantinya..

Apa pun.....
Dan akhirnya aku boleh pakai jam tangan lg..
See..cantik kan..


 
 
 
 
 
 

Terima kasih kpd si pemberi..
Lain kali kasi hilang lg ya..=)

 
#Aku tau ko akn baca entry ini kn..okes..senyum…^_^

 

Seandainya Jim Wau Dal Wau Ha

Bismillahirrahmanirrahim…
~duhai Allah yang Esa, tetapkan kami untuk bersujud tunduk padaMu~

Owh…mengenai tajuk entry..hari ni mood aku mau cerita psl jodoh dan kahwin…hehe..bukan sebab aku gatal mau kahwin ye…huhu
Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang dah bertunang dan tidak kurang juga yang sudah berkahwin..
aku?????
Semoga aku juga tidak terlambat untuk ke arah itu…amin..haha..;)

Sejak kebelakangan ini aku seriously stress because of JODOH..
Yalah usia dah semakin lanjut..kadang2 bila fikir “eh umur sdh 25thn”..sunnah untuk kahwin tahun ni..hehe..InsyaAllah..
kawan-kawan semua sdh bertunang, kahwin dan ada yg sdh ada anak..
aku??bila lagi???

Terfikir-fikir pasal hal ni, kadang2 buat aku sayu dan muram..
tapi Alhamdulillah..bila baca pendapat dan pandangan orang lain, ada yg berkata: apa sbnrnya yg kt mahu untuk berkahwin?kerana nafsu atau kerana Allah swt?
Lantas aku berfikir sejenak, apa yg menyebabkan aku ingin berkahwin?tapi kahwinkan boleh menjauhkan kita daripada perkara2 yg mungkar..sedangkan zina hati selalu aku tidak sedari..astagfirullah…

Apapun, aku doakan yg terbaik buat diriku dan kwn2 yg belum berkahwin.
Bersabarlah..Allah sdh aturkan semuanya..bila bersabar, Allah akan beri pada kita bila sampai masanya nanti..InsyaAllah..

 Ya Allah,
andai dalam pengetahuanMU perasaan ini pada dia adalah suatu yg terbaik bagiku,
dunia & akhiratku, serta kesudahan urusanku buat masa kini & masa mendatang,
maka Kau satukanlah hati & jiwa kami dengan lafaz akad bersaksikanMU,
tautkan hati kami untuk mencintai keranaMU,
eratkan hati & jiwa kami dgn Sakinah, Mawaddah, Warahmah.
Ya Allah,
andai pula dlm pengetahuanMU perasaan ini tidak baik bagiku,
jadikanlah aku & dia hamba yang sentiasa sabar dlm menerima ketetapanMU,
pisahkan kami dgn erti persaudaraan sesama islam yg Redho
dan temukanlah kami dgn pasangan yang soleh & solehah...
Ya ALLAH,
andai tiba masa itu kelak,
jadikanlah kami hamba yang rapi kesediaannya,
yg sabar serta istiqamah & ikhlas dalam segala perkara...
Masanya telah Kau aturkan, InsyaAllah...

 ~aku terima nikahmu, bakal zaujku, Lillahi, Wallahi...
 
 
 
 

 



Hanya Insan Biasa


Ya ALLAH
malunya hamba yg bernama chemieya ini
rasa malu ini atas kesilapan, keterlanjuran, kesalahan, kekhilafan diri hamba sendiri
kemanakah wajah, hati dan jiwa ini ingin diletakkan lagi?
sejauhmanapun hamba pergi
bayang2 kesilapan akan terus dtg menerpa-nerpa..


Ya ALLAH
berilah kesembuhan atas rasa malu ini kerana ia melemahkan semangatku sendiri.
YA...MALU adlh sebahagian drpd IMAN
tp malu ini tidak bertempat
selama ini hamba leka, lalai dalam melayan perasaan sendiri
meluah kasih sayang pada tempat yang belum pasti...

melakar impian yang belum tentu terlaksana
mula berangan-angan pada sesuatu yg belum tentu menjadi milikku..

malunya hamba ya ALLAH..
malunya hamba..
malunya hamba…


Ya ALLAH, tanduskah perasaan itu dulu??
Hamba mulai sedar ya allah..
Allah, allah, allah..


Ya RABB...
kpdMU hamba mengadu segalanya...
sungguh, tiada daya dan upaya aku menyembunyikan segalanya...
kiranya dengan pengaduan ini,
hamba merasa hina, rendah diri dan kesal atas segala tindakan lepas.
berikanlah kekuatan kpd hamba kala bersua muka dengannya walau
untuk menguntum seulas senyuman,
Berikanlah hamba peluang untuk memperbaiki segalanya
berikanlah kemudahan kepada hamba menerima
segala ketetapanMU yang Maha Sempurna ini,


KAU YA ALLAH, tuhan maha Pengampun...
Tuhan Maha Penyembuh...
hati dan jiwa ini milikMU yang Baqa'.
tenangkan hamba dlm pengaduan ini YA RABB
tenangkan tenangkan tenangkan
hamba Redha atas kata2 yang pernah diterbitkan
wlupun ia mengundang sejuta perasaan dan rasa malu yg tersangat2...
kuatkan hamba melangkah dgn penuh keyakinan melakar kejayaan.
dan hamba mohon keredhaanMU YA RABB dlm setiap perkara yang hamba lakukan...
 
~perindahkan, perelokkan dan percantikkan akhlakku ya allah~

 

Andai Bisa

Assalamualaikum…
 
 
 
Aku ingin terbang ke awan putih….mencorak impian.....
May Allah bless me..

 
 

~Jika aku bisa terbang lagi~
 
 
 
 


Butakah Hati Ini


Assalamualaikum
 
Ya Allah…
Jika Engkau melihat diri ini semakin jauh dan tersasar dari-Mu,
maka kembalikanlah aku kepada-Mu dengan sebaik-baik jalan kembali..
Jangan pernah Engkau membiarkan aku lalai dalam tanggangjawabku sebagai khalifah di bumi ini..andai ianya tetap berlaku, akulah orang yang paling rugi dalam dunia ini kerana seburuk-buruk penyesalan adalah di akhirat.
 
Ya Allah..
Terasa benar Engkau disisi...
Sebenarnya Engkau sedang memerhati cuma kami tidak pernah merasai kehadiran-Mu kerana dosa-dosa kami yang menghalangnya.
Astagfirullahalazim..
Sudah butakah hati ini??
 
Wahai pelaku dosa..
Cukuplah dengan kelalaian dan kealpaan semalam.
Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan Dia reda kepadamu dan kamu reda kepada-Nya.
 
~Ya Allah..help me and strenghten my Iman~

 

Engkaukah Jawapan Kepada Doaku?


Assalamualaikum..
 
Buatmu Adam,
Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita.
Tugas pertamaku bukan untuk mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku.
sukar untukku mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehanmu.
Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri.
 
"Lelaki yang baik untuk wanita yang baik"
 
Ya Allah..
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah..
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...


















~uhibbuki fillah~
 



 

 

Banjir Dalam Hati

 
Assalamualaikum..
 
Aku tengah bersedih sekarang ni..
Hanya mampu menangis dalam hati..
 
~ duhai hati, bersabarlah~ :'(


Aku Miss Com???

Assalamualaikum
Entry aku kali ni nampak pelik kn??
Tp itulah hakikat yg harus aku terima..
Yeah!!! aku dapat nama dan gelaran baru..huhu..
MISS COM!!!
Miss Com stand for MISS COMEL vs MISS COMMOK..haha..
sangat kreatif org yg bg gelaran ini untuk aku..
mmg sesuai pun..
sememangnya ada sedikit kecomelan pada wajahku ini..sedikit jer tak banyak yer..
dan aku mengaku aku memang commok oke!!!
Jadi, klu kwn2 ofis aku panggil aku miss Com aku tak kisah pun..
Tapi aku lg suka klu gelaran miss Com itu merujuk kepada MISS COMEL..huhu


Nice to Meet You!!!!


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum..

 
Still belum terlewat untuk aku mengucapkan “Happy New Year 2014”.. Alhamdulillah..syukur atas nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah s.w.t.. Syukur juga masih dipanjangkan umur untuk bernafas di tahun 2014.. Mudah-mudahan tahun ini membawa 1001 makna buatku.. A year to improve and get succesful!!! Allahumma amin..


 
Azam tahun ini:
# Dapat lesen P (azam tahun lalu yg trbengkalai..huhu)
# Beli gelang emas (azam tahun lalu jgk yg still x dpt beli)
# Beli kereta Rush (mcm angan2 mat jenin jer..tp insyaAllah..doakan sy ya...)
# KAHWIN (mcm gatal jer..mcm gatal jer..;P)


~Walaupun masa SILAM tidak akan hilang, masa HADAPAN akan tetap ada..