Smiley Normal Select :: FlyHigh Infinity ::: April 2014

Seandainya Jim Wau Dal Wau Ha

Bismillahirrahmanirrahim…
~duhai Allah yang Esa, tetapkan kami untuk bersujud tunduk padaMu~

Owh…mengenai tajuk entry..hari ni mood aku mau cerita psl jodoh dan kahwin…hehe..bukan sebab aku gatal mau kahwin ye…huhu
Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang dah bertunang dan tidak kurang juga yang sudah berkahwin..
aku?????
Semoga aku juga tidak terlambat untuk ke arah itu…amin..haha..;)

Sejak kebelakangan ini aku seriously stress because of JODOH..
Yalah usia dah semakin lanjut..kadang2 bila fikir “eh umur sdh 25thn”..sunnah untuk kahwin tahun ni..hehe..InsyaAllah..
kawan-kawan semua sdh bertunang, kahwin dan ada yg sdh ada anak..
aku??bila lagi???

Terfikir-fikir pasal hal ni, kadang2 buat aku sayu dan muram..
tapi Alhamdulillah..bila baca pendapat dan pandangan orang lain, ada yg berkata: apa sbnrnya yg kt mahu untuk berkahwin?kerana nafsu atau kerana Allah swt?
Lantas aku berfikir sejenak, apa yg menyebabkan aku ingin berkahwin?tapi kahwinkan boleh menjauhkan kita daripada perkara2 yg mungkar..sedangkan zina hati selalu aku tidak sedari..astagfirullah…

Apapun, aku doakan yg terbaik buat diriku dan kwn2 yg belum berkahwin.
Bersabarlah..Allah sdh aturkan semuanya..bila bersabar, Allah akan beri pada kita bila sampai masanya nanti..InsyaAllah..

 Ya Allah,
andai dalam pengetahuanMU perasaan ini pada dia adalah suatu yg terbaik bagiku,
dunia & akhiratku, serta kesudahan urusanku buat masa kini & masa mendatang,
maka Kau satukanlah hati & jiwa kami dengan lafaz akad bersaksikanMU,
tautkan hati kami untuk mencintai keranaMU,
eratkan hati & jiwa kami dgn Sakinah, Mawaddah, Warahmah.
Ya Allah,
andai pula dlm pengetahuanMU perasaan ini tidak baik bagiku,
jadikanlah aku & dia hamba yang sentiasa sabar dlm menerima ketetapanMU,
pisahkan kami dgn erti persaudaraan sesama islam yg Redho
dan temukanlah kami dgn pasangan yang soleh & solehah...
Ya ALLAH,
andai tiba masa itu kelak,
jadikanlah kami hamba yang rapi kesediaannya,
yg sabar serta istiqamah & ikhlas dalam segala perkara...
Masanya telah Kau aturkan, InsyaAllah...

 ~aku terima nikahmu, bakal zaujku, Lillahi, Wallahi...
 
 
 
 

 



Hanya Insan Biasa


Ya ALLAH
malunya hamba yg bernama chemieya ini
rasa malu ini atas kesilapan, keterlanjuran, kesalahan, kekhilafan diri hamba sendiri
kemanakah wajah, hati dan jiwa ini ingin diletakkan lagi?
sejauhmanapun hamba pergi
bayang2 kesilapan akan terus dtg menerpa-nerpa..


Ya ALLAH
berilah kesembuhan atas rasa malu ini kerana ia melemahkan semangatku sendiri.
YA...MALU adlh sebahagian drpd IMAN
tp malu ini tidak bertempat
selama ini hamba leka, lalai dalam melayan perasaan sendiri
meluah kasih sayang pada tempat yang belum pasti...

melakar impian yang belum tentu terlaksana
mula berangan-angan pada sesuatu yg belum tentu menjadi milikku..

malunya hamba ya ALLAH..
malunya hamba..
malunya hamba…


Ya ALLAH, tanduskah perasaan itu dulu??
Hamba mulai sedar ya allah..
Allah, allah, allah..


Ya RABB...
kpdMU hamba mengadu segalanya...
sungguh, tiada daya dan upaya aku menyembunyikan segalanya...
kiranya dengan pengaduan ini,
hamba merasa hina, rendah diri dan kesal atas segala tindakan lepas.
berikanlah kekuatan kpd hamba kala bersua muka dengannya walau
untuk menguntum seulas senyuman,
Berikanlah hamba peluang untuk memperbaiki segalanya
berikanlah kemudahan kepada hamba menerima
segala ketetapanMU yang Maha Sempurna ini,


KAU YA ALLAH, tuhan maha Pengampun...
Tuhan Maha Penyembuh...
hati dan jiwa ini milikMU yang Baqa'.
tenangkan hamba dlm pengaduan ini YA RABB
tenangkan tenangkan tenangkan
hamba Redha atas kata2 yang pernah diterbitkan
wlupun ia mengundang sejuta perasaan dan rasa malu yg tersangat2...
kuatkan hamba melangkah dgn penuh keyakinan melakar kejayaan.
dan hamba mohon keredhaanMU YA RABB dlm setiap perkara yang hamba lakukan...
 
~perindahkan, perelokkan dan percantikkan akhlakku ya allah~