Smiley Normal Select :: FlyHigh Infinity ::: Julai 2014

Azam Yg Terlaksana


Bismillahirrahmanirrahim
 

 Assalamualaikum...

 
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…Segala puji bagi Allah..
hati banyak senang..
why???
because slh satu azam 2014 telah tercapai..
apakah azam yg aku mksdkan itu???
cer teka..cer teka..cer teka..chewah!!!:P
 
 
 
 
 
 
See...
 
 
Gelang emas yg x sbrpa..


 
eksen ja ni..huhu
 
Motif: Actually, aku bukannya mau tunjuk riak pun. Saja mau share kegembiraan..betapa gembiranya aku dpt beli gelang ni dgn hasil keringat sndiri..walaupun x seberapa..hehe
 
So, from now..azam yg seterusnya akan menyusul..surprise!!! ^_~
 
 
 
# Seindah aturan Tuhan #
 
 

 

Bertahan vs Berundur


Assalamualaikum

 
Sudah agak lama aku tidak update blog. Terlalu banyak yg ingin aku kongsikan sebenarnya sampaikan tidak tahu hendak memulakannya. Pelbagai dugaan yg telah aku tempuhi. Bermula dr tmpt kerja sehinggalah yg melibatkan persoalan hati dan perasaan.

Stress... Sangat2 stress.. sampaikan aku rasa aku sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. Dan  kalaupun bertahan mungkin hanya sekejap cuma. Tidak tahu sampai bila harus begini. Bukan tidak bersyukur dgn nikmat kerja yg ada skg jauh sekali untuk menolak rezeki yg Allah berikan ini. Cuma... masih menunggu peluang untuk aku berundur. Berundur untuk mencari yg lbh baik drpd yg ada skg. Berundur dgn hrpn dpt memulakan hidup yg baharu dgn suasana yg baru. Berundur untuk sinar kebahagiaan diri sendiri.

Keja aku bukan teruk mana pun. Cuma aku yg tidak mampu bertahan. Tidak mampu.. Pernah aku terfikir berundur untuk aku lupakan semua. Aku mahu lupakan semua.. Semua yg pernah membuatkan aku down. Bukan hanya sekali dua, tapi berkali-kali. Berkali-kali aku down. Terkadang aku makan hati dgn kwn-kwn ofis aku lebih-lebih lagi dgn majikan. Tapi aku hanya diamkan. Aku pujuk hati aku spya bersabar. Memujuk hati sendiri. Biasalah tu adat bekerja. Aku akui hal itu. Namun aku bukan sekejam itu.

Terkadang aku juga marah dgn diri sendiri. Tidak mampu untuk mengawal emosi dan keadaan. Aku bukan yg terbaik apatah lagi untuk dilabel seorang yg perfect. Aku hanya manusia biasa, wanita biasa sahaja. Ya, aku biasa-biasa shja. Tidak ada yg istimewa dlm diriku.

 

 ...................................................................

 

Selingan....
 
 
~Lagu fevret aku..Kiss the Rain~
 
 
Aku suka dgr lagu ni. Tenang, menenangkan dan terkenangkan. Seperti aku yg sukakan ketenangan. Terkenangkan??? Jiwa sedang kacau skg. Macam-macam yg bermain dibenak. Terutama melibatkan hati dan perasaan. Kenapa agaknya??? Jwpn yg sukar untuk aku sndri mengerti..
Sukar… Sesukar mengira bintang di langit.
Knpa mesti hati dan perasaan??
Aku insan biasa..sukar untuk aku melarikan diri dr perasaan itu. Pernah ku cuba untuk mengusir jauh-jauh, namun aku kalah dgn diri sendiri. Tewas.. Semakin aku cuba, semakin aku terseksa. Aku tidak ingin menyeksa diriku.
 
Dan untuk itu, aku nekad untuk berundur dari situasi ini. Bukan cuba untuk melarikan diri. Bukan juga cuba untuk mementingkan diri sendiri. Hakikatnya, ini yg terbaik. Ya, mungkin ini yg terbaik. Buat aku dan buat semua. Hanya menunggu masa yg sesuai.




~Seindah aturanMu ya Allah~