Smiley Normal Select :: FlyHigh Infinity ::: Januari 2013

Allah..Hebatnya TarbiahMu


~sweet memory in our circle~

Aku rindu zaman  ketika membina adalah kewajipan bukan pilihan apalagi beban dan paksaan.

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekadar pelengkap pengisi program yang dipaksakan..

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan..

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan..

Aku rindu zaman ketika semua memberikan segalanya untuk da’wah ini..

Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian..

Aku rindu zaman ketika pergi liqo selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan, dan qur’an terjemahan ditambah dengan sedikit hafalan..

Aku rindu zaman ketika binaan menangis kerana tidak dapat hadir di liqo..

Aku sangat-sangat rindu dengan zaman itu..

Ya Rabb..
jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dalam hati-hati kami..
Allahumma amin..


#Aku tersangat-sangat rindu dengan kalian#



Bila Saatnya Telah Tiba

Assalamualaikum..

Hari ni aku rajin untuk menaip..Entry kali ni aku mahu berkongsi tentang perasaan bila kehilangan seseorang yang berharga buat diri kita..Aku sangat-sangat terkejut apabila mendapat berita seorang daripada rakanku (rakan seperjuangan time di UMS) telah pergi dijemput Ilahi..Innalillahiwainnailaihirojiuun..Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..amin..Takziah diucapkan kepada keluarga arwah..

Walaupun arwah bukan 1 course sebaliknya hanya sebagai 1 batch 09/10 tapi tidak tau kenapa, berita ini sangat terkesan dihatiku..sebolehnya aku cuba untuk tidak mengalirkan airmata namun sebak dihati tidak dapat untukku tahan ditambah lagi dengan hujan lebat yang turun membuatkan aku semakin sayu..

See, ajal datang tanpa mengenal usia, masa dan tempat..apabila ajal kita sudah sampai, tidak kira umur kita berapa, tua or muda, sakit or sihat,,dengan sekelip mata sahaja Dia boleh mengambil seseorang yang kita sayang.

Ternyata Allah lebih menyayangi arwah..masanya telah tiba..tetapi aku???aku tidak tahu masa ku pula bila..aku tidak tahu berapa banyak masa lagi yang Allah akan pinjamkan buatku dan pastinya cepat atau lambat aku juga akan pergi untuk menemui Penciptaku..

Teguran Allah datang lagi..supaya kita mempertingkatkan amal selagi kita masih berpeluang kerana apabila nyawa kita telah dicabut daripada jasad, kita sudah tidak mampu lagi untuk beramal..moga Allah sentiasa memelihara hati-hati kita dan mati dalam keadaan khusnul khatimah..allahhummaamin..

Daripada Abdullah bin Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya ialah nikmat sihat dan kelapangan” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


        "tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"

#SentiasaMuhasabahDiri#





Segalanya Bermula Disini...


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga aku meng'update' buat first kali dalam blog ni. Thanks tak terhingga buat diri sendiri dan orang-orang yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung termasuklah kamu-kamu yang sudi untuk membaca blog aku..(cehh, mcm ayat dalam Latihan Ilmiah ja ni..hehe).


Actually, sudah lama aku mewujudkan blog ini cuma belum berkesempatan untuk membuat apa-apa perkongsian..maafkan aku ya..Then, kamu-kamu akan ckp "ada ku kesah"???..memanglah kamu-kamu tidak kesah, tapi aku kesah tau..hehe..Blog aku tidak mengandungi entry yang khusus sekadar suka-suka untuk berkongsi pengalaman mengenai kehidupan yang aku lalui..tapi, klu kamu-kamu dapat ambil ibrah daripada setiap entry yang akan aku share, lagi bagus kn...


Apa pun, have fun apabila mengunjungi blog aku..tahniah untuk ANDA ya!!!!!!  ^____^