Assalamualaikum..
Hari ni aku rajin untuk menaip..Entry kali ni aku mahu berkongsi tentang perasaan bila kehilangan seseorang yang berharga buat diri kita..Aku sangat-sangat terkejut apabila mendapat berita seorang daripada rakanku (rakan seperjuangan time di UMS) telah pergi dijemput Ilahi..Innalillahiwainnailaihirojiuun..Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..amin..Takziah diucapkan kepada keluarga arwah..
Walaupun arwah bukan 1 course sebaliknya hanya sebagai 1 batch 09/10 tapi tidak tau kenapa, berita ini sangat terkesan dihatiku..sebolehnya aku cuba untuk tidak mengalirkan airmata namun sebak dihati tidak dapat untukku tahan ditambah lagi dengan hujan lebat yang turun membuatkan aku semakin sayu..
See, ajal datang tanpa mengenal usia, masa dan tempat..apabila ajal kita sudah sampai, tidak kira umur kita berapa, tua or muda, sakit or sihat,,dengan sekelip mata sahaja Dia boleh mengambil seseorang yang kita sayang.
Ternyata Allah lebih menyayangi arwah..masanya telah tiba..tetapi aku???aku tidak tahu masa ku pula bila..aku tidak tahu berapa banyak masa lagi yang Allah akan pinjamkan buatku dan pastinya cepat atau lambat aku juga akan pergi untuk menemui Penciptaku..
Teguran Allah datang lagi..supaya kita mempertingkatkan amal selagi kita masih berpeluang kerana apabila nyawa kita telah dicabut daripada jasad, kita sudah tidak mampu lagi untuk beramal..moga Allah sentiasa memelihara hati-hati kita dan mati dalam keadaan khusnul khatimah..allahhummaamin..
Daripada Abdullah bin Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya ialah nikmat sihat dan kelapangan” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

#SentiasaMuhasabahDiri#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan