Smiley Normal Select :: FlyHigh Infinity ::: Hanya Insan Biasa

Hanya Insan Biasa


Ya ALLAH
malunya hamba yg bernama chemieya ini
rasa malu ini atas kesilapan, keterlanjuran, kesalahan, kekhilafan diri hamba sendiri
kemanakah wajah, hati dan jiwa ini ingin diletakkan lagi?
sejauhmanapun hamba pergi
bayang2 kesilapan akan terus dtg menerpa-nerpa..


Ya ALLAH
berilah kesembuhan atas rasa malu ini kerana ia melemahkan semangatku sendiri.
YA...MALU adlh sebahagian drpd IMAN
tp malu ini tidak bertempat
selama ini hamba leka, lalai dalam melayan perasaan sendiri
meluah kasih sayang pada tempat yang belum pasti...

melakar impian yang belum tentu terlaksana
mula berangan-angan pada sesuatu yg belum tentu menjadi milikku..

malunya hamba ya ALLAH..
malunya hamba..
malunya hamba…


Ya ALLAH, tanduskah perasaan itu dulu??
Hamba mulai sedar ya allah..
Allah, allah, allah..


Ya RABB...
kpdMU hamba mengadu segalanya...
sungguh, tiada daya dan upaya aku menyembunyikan segalanya...
kiranya dengan pengaduan ini,
hamba merasa hina, rendah diri dan kesal atas segala tindakan lepas.
berikanlah kekuatan kpd hamba kala bersua muka dengannya walau
untuk menguntum seulas senyuman,
Berikanlah hamba peluang untuk memperbaiki segalanya
berikanlah kemudahan kepada hamba menerima
segala ketetapanMU yang Maha Sempurna ini,


KAU YA ALLAH, tuhan maha Pengampun...
Tuhan Maha Penyembuh...
hati dan jiwa ini milikMU yang Baqa'.
tenangkan hamba dlm pengaduan ini YA RABB
tenangkan tenangkan tenangkan
hamba Redha atas kata2 yang pernah diterbitkan
wlupun ia mengundang sejuta perasaan dan rasa malu yg tersangat2...
kuatkan hamba melangkah dgn penuh keyakinan melakar kejayaan.
dan hamba mohon keredhaanMU YA RABB dlm setiap perkara yang hamba lakukan...
 
~perindahkan, perelokkan dan percantikkan akhlakku ya allah~

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan