Smiley Normal Select :: FlyHigh Infinity ::: kekhilafanku...kelemahanku

kekhilafanku...kelemahanku

Di suatu malam yang sepi, aku sama sekali tidak dapat untuk mengawal perasaan dan emosiku.. Ya, perasaan rindu itu masih tidak ingin pudar walaupun berkali-kali aku cuba meredakannya..malahan semakin rindu itu mencengkam perasaanku saat ini. Tidak tahu bagaimana dengan perasaan yang sedang dirindui itu..apakah mengalami siuasi yang sama mahupun sebaliknya..berkali-kali ku istighfar memohon keampunan kepadaNya atas rindu kepada ciptaanNya yang tidak sepatutnya. Astagfirullahal’azim.. Astagfirullahal’azim.. Astagfirullahal’azim..ku ulang berkali-kali sambil berdoa untuk diberikan ketetapan hati. Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, maka tetapkanlah hatiku ke atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Allahumma amin.

Meskipun begitu, rindu itu semakin kuat. Dalam kejauhan, terselit kerinduan kepadamu. Kepada insan yang bernama manusia lebih-lebih lagi kepada dia yang bergelar adam. Walaupun sudah berjanji dalam diri masing-masing untuk percaya dan yakin dengan kekuasaan Allah. ‘kalau ada jodoh tidak akan kemana juga’. Namun, aku meragui janji itu. Lalu, ku capai telefon bimbitku dan mengirimkan pesanan ringkas padanya.

Hawa: Adam, entah kenapa malam ini aku tersangat-sangat rindu padamu. Sudah lama          rasanya kita tidak berhubung. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sejak akhir-         akhir ini padaku. Aku ingin berkongsi cerita denganmu agar sedikit sebanyak          dapat menghilangkan perasaanku yang sarat dengan rindu ini. Bolehkah aku
         berbuat demikian adam??

                                      ..........................

Adam: Maafkan aku, aku tiada idea untuk berkongsi cerita denganmu, hawa.

                                      ..........................

Hawa: oh begitu, tidak mengapa..mungkin aku hanya terlalu mengikut emosi. Sekali lagi           maafkanku..ok lah, adam. Aku sangat letih dan mengantuk..assalamualaikum..

                                        ........................


 
~ujian itu tanda Allah masih sayang~

Letih dan mengantuk dijadikan sebagai alasan buat hawa untuk tidak ingin memanjangkan perbualan pesanan ringkas itu. Namun, hawa dengan setia masih menunggu jawapan SMS daripada adam dalam diam-diam. Mengharap agar adam sudi untuk meluangkan sedikit masa padanya. Mengharap agar adam sudi untuk memujuknya agar bersabar. Namun, 5 minit berlalu, masih mengharap sehingga ke 1 jam yang berikutnya, masih juga tiada balasan. Hawa sangat-sangat kecewa lalu menangis. Menangis kerana rindu terhadap adam dan menangis juga kerana menyesali tindakannya yang tidak mampu untuk menjaga hati dan perangai ini terhadap insan yang bergelar adam yang bukan siapa-siapa padanya. Tiada ikatan kekeluargaan apatah lagi yang dipanggil sebagai muhrim.

Akhirnya, hawa bangkit dan bangun daripada kelekaanya melayan perasaan sedih menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Melakukan solat tahajjud dan solat taubat mengadu kepada yang Maha Esa, di atas sejadah cinta meminta agar diberikan petunjuk untuk kuat dan tidak rapuh apabila berhadapan dengan ujian apatah lagi dengan yang dinamakan sebagai ujian hati dan perasaan. Nyatalah, sebaik-baik pendengar yang setia hanyalah Dia.


~doa itu adalah cinta dalam diam~

Apabila keadaan hawa semakin reda dan tenang, hawa telah berjanji pada diri sendiri dia tidak ingin untuk berhubung lagi dengan adam bukan kerana membenci tindakan adam itu sebaliknya disebabkan tidak mahu merosakkan hatinya dan secara tidak langsung membawa dia terlibat dengan zina hati kerana sentiasa mengingati adam.
Dalam diam, hawa berterima kasih kepada adam dan memuji tindakan adam yang sangat tegar hatinya dan sangat menjaga hati hanya untuk yang layak dalam hidupnya. Allah..maafkanku..sesungguhnya kekhilafanku itu adalah satu kelemahan yang nyata bagiku..:(



Moral of the story or ibrah daripada cerita ini:
          #Mengharap dan cinta kepada bunga, bunga akan layu..
          #Mengharap dan cinta kepada manusia, manusia akan mati..
          #Mengharap dan cinta kepada Allah, itulah yang dinamakan cinta hakiki yang             tidak akan pernah layu mahupun mati..


~Kisah hawa dan adam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan