Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah..aku akui sejak kebelakangan ini iman dan hatiku seringkali sahaja tidak stabil. Seperti insan biasa yang lain, iman kerapkali tidak sihat, turun dan naik tetapi yang menjadi permasalahan dan membimbangkan aku apabila imanku kerapkali turun berbanding naiknya. Terlalu banyak dugaan yang mendatang. Yang kurasakan hanya dugaan kecil dan tidak sebanding dengan ujian dan dugaan yang dilalui oleh saudara seislamku di bumi para anbia’ sana. Ya Allah, lemahnya aku dalam menghadapi sekecil-kecil cubaanmu ini.

Pernah suatu ketika dahulu dalam bulatan tarbiah, da’i ku memberi nasihat buat kami sebagai mad’unya ‘seorang mujahidah harus perlu kuat, jangan mudah untuk mengeluh kerana janji Allah itu pasti. Walau di bumi ini penuh dengan liku-liku kehidupan, harus sabar dan redha dengan segala yang berlaku, kerana di ‘sana’ nanti kebahagiaan pasti milik kita’. Ya, ku akui itu. InsyaAllah kebahagiaan menjadi milik orang-orang yang sentiasa bersabar dan redha.
Dia berpesan lagi..Ukhti, hayati beberapa petikan Hassan al Banna yang mampu menggoncangkan imanmu dan akan membuatmu berfikir sejenak…
“Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah. Aku dapat membayangkan al mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Pulang dan perginya perkataan, bicaranya, kesungguhannya, dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dirimu dapat mebaca pada garis wajahnya, melihat kilauan matanya, mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan dan cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya.”
Dan moga kitalah mujahidah impian itu yang dihatinya terletak keikhlasan untuk memberitahu manusia sekelilingnya tentang apa yang dirasainya. Seandainya keikhlasan itu kian layu, mari kita tajdid niat! Moga amal terus membuahkan amal. Insyaallah, ayuh ukhti!
~Aku ingin mencari diriku kembali yang telah hilang.. mencari hatiku kembali dalam sejadah cintanya didalam keheningan malam. Allah…airmataku tidak dapat untuk ku tahan lagi..mengakui kelemahan diri..betapa beruntungnya diriku kerana mempunyai sahabat-sahabat yang sentiasa saling menasihati dikala aku memerlukan mereka.

#Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan